December 8, 2009

Pertarungan – Amron Omar


Pertarungan – Amron Omar
Hal Benda
Seorang lelaki yang sedang mencangkung ke hadapan dengan tangan kirinya berada di hadapan sekali seterusnya kepala diikuti dengan badan dan tangan kiri yang paling belakang. Lelaki ini bertubuh sasa, tidak berbaju dan berseluar panjang.

Makna
Melalui kedudukan figura lelaki yang sedang mencangkung ini sendiri menunjukkanlangkah pembukaan silat sebelum memulakan pertarungan. Tubuh yang sasa dan raut wajah yang agak menumpu memberi makna bahawa seorang pesilat perlulah mempunyai kekuatan fizikal dan minda yang sasa sama seperti tubuhnya.

Cerita
Melalui lukisan ini, Amron Omar cuba menyampaikan kepentingan-kepentingan silat yang merupakan salah satu adat dan tradisi orang Melayu yang penuh bermakna di dalam dunia Melayu yang kaya dengan unsur tradisinya.
Ekspresi
Melalui karya ini telah menunjukkan semangat beliau di dalam menyampaikan mesej keindahan dan kekuatan seni silat di dalam adat dan tradisi orang Melayu.

1 comment:

AlfiEean WaRsi said...

nak info lg sal amron omar nie boleh tk??urgent...tq

Lukis Potret Guna Pastel- Mesti Tonton