May 5, 2011

Pameran PSV - Grafik Korporat

Pada 5 Mei 2011, berlangsungnya pameran Pendidikan Seni Visual yang bertemakan Grafik Korporat yang dijayakan oleh pelajar PPISMP Bahasa Melayu IPG Kampus Kent Tuaran Sabah.
Seramai 20 orang pelajar terlibat mempersembahkan hasil karya mereka sebagai tuntutan pelaksanaan penilaian ujian amali PSV Minor yang dihasilkan sepanjang semester Jan hingga Mei 2011.
Pameran yang bertemakan Grafik Korporat memperagakan 5 buah karya grafik bagi setiap pelajar menggunakan perisian grafik digital iaitu Adobe Photoshop. Perisian ini sangat popular ketika ini dan sangat sesuai dalam kerja - kerja grafik digital khususnya kepada pelajar yang ingin menghasilkan karya seni visual mengintegrasikan komputer atau ICT.
Antara jenis karya yang dihasilkan pelajar adalah logo, 'letter head', kad bisnes, kulit buku dan pamphlet.
Matlamat pameran ini adalah memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk mempamerkan hasil karya yang telah dilaksanakan untuk tatapan umum serta proses apresiasi dan kritikan terhadap karya agar mendapat manfaat yang positif hasil dari pembelajaran serta penambahbaikan terhadap karya. Selain itu pelajar dapat membudayakan aktiviti berpameran kerana manfaatnya sangat baik selain ia dapat mendidik secara tidak langsung.
Tajuk pembelajaran grafik korporat ini adalah sebahagian dari tajuk-tajuk yang dimuatkan dalam silibus semester ini bertujuan agar pelajar dapat mengintegrasikan ICT dalam penghasilan karya seni dan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pelajar juga digalakkan untuk mendalami senireka grafik menerusi penggunaan perisian yang sesuai untuk PSV. Selain itu, pelajar juga dapat mengaplikasikan elemen senireka yang telah dipelajari dalam penghasilan karya seni visual.
Pameran ini telah dirasmikan oleh Dr. Noriati Binti Abd. Rashid, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik IPG KPM. Semoga pameran ini adalah titik mula yang positif untuk melangkah lebih jauh dalam proses transformasi mendidik masyarakat agar dapat mengenali, mendekati dan menghayati seni visual yang banyak memberi impak positifnya. Harapan saya juga agar kepentingan subjek PSV ini adalah sebaris dengan subjek lain. Terima Kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan pameran ini.
Kedatangan perasmi pameran, Dr Noriati Bt Abd Rashid bersama-sama ketua jabatan Kajian Sosial, Pengarah IPG Kampus Kent dan pensyarah

Dr Noriati Abd Rashid memukul gong merasmikan pameran


Pameran mendapat sambutan baik di kalangan pelatih guru



Pelajar menerangkan proses artistik dalam penghasilan karya grafik digital



Acara santai setelah pelajar berhempas pulas, bersengkang mata pada malam kerana ingin menghasilkan kesempurnaan pameran yang julung-julung diadakan. Tahniah kepada pelajar semua

2 comments:

Sabir Isrun Birun said...

wah tahniah kepada pensyrah yang mengajar...akhirnya muncul juga pn pengarah melawat pameran adik-adik junior kami...

Mohd Sawari said...

terima kasih birun atas sokongan dan penghargaan kepada kami dan saya khususnya. Kalau ada masa sudi la datang ke ipg kent berkongsi pengalaman. TQVM

Lukis Potret Guna Pastel- Mesti Tonton