April 2, 2012

Kembara Seni Visual


Kembara Seni Visual kali ini berlangsung pada 30 Mac 2012 selama 1 hari bertempat di Taman Hidupan Liar Lok Kawi Penampang Kota Kinabalu Sabah. Program yang berkonsepkan eksplorasi dan eksperimentasi bahan alam yang dijayakan oleh 35 orang  pelajar semester pertama  PPISMP-GSTT Ambilan Nov 2011 dan didokongi oleh 4 orang pensyarah Seni Visual ini adalah  sebahagian dari memenuhi keperluan dan kehendak kandungan silibus bagi semester ini.  
Pelajar-pelajar tekun menjalankan eksplorasi terhadap jalinan, rupa,dan bahan pewarna pada daun.

Sudut pandangan fotografi ini dapat menjelaskan beberapa unsur seni yang boleh dijadikan bahan eksperimen seperti jalinan tampak, rupa yang boleh dijadikan corak dan sebagainya.


   
Antara kelebihan kembara seni visual ini adalah pelajar dapat melihat secara realiti objek-objek dan bahan alam semulajadi dengan jelas dan kajian lebih terperinci berbanding visual secara ilusi.
   

Pensyarah Seni Visual, En Mansor Md Desa mendemonstrasikan hasilan daun dan bunga yang diperolehi menerusi eksplorasi kepada pelajar. Ia mendedahkan secara tidak langsung dan pengalaman berharga melalui pembelajaran luar bilik darjah.


   

Secara jujurnya, pelajar-pelajar begitu teruja dan bersemangat daripada awal perancangan sehinggalah berakhir program ini dilaksanakan. Pendidikan dan pengalaman langsung mereka perolehi banyak membantu kekurangan ilmu di samping dapat menghayati dan menghargai alam sekitar warisan sepanjang zaman. Keunikan alam sekitar sukar ditafsirkan dengan kata-kata, tetapi dapat diperjelaskan menerusi penghasilan beberapa karya Seni Visual seperti lukisan, catan, arca dan sebagainya.
Semoga bertemu lagi di lain kembara seni visual.

No comments:

Lukis Potret Guna Pastel- Mesti Tonton